Post kali ni , kami nak share tentang projek kuih raya hehe . Takdelah projek apa sgt , saja bagi bunyi gempakk .
Tahun ni alhamdulillah , kami dapat buat 3 jenis biskut raya ~ Biskut Cornflakes , Biskut Susu dan Biskut Minyak Sapi a.k.a Ghee Balls . Oleh sebab Ummi dah cakap awal-awal , masa last nights taknak buat kuih coz takut penat and so on ... so erm rasanya 2nd week of puasa kut , /.start buat kuih raya . Itu pun tak consistent , sehari buat selang berapa hari pastu buat lagi . Kali ni byk kami buat sorang , kalau kak Laili (my kakak) free , dia akan tolong .
Anyhow , projek kami mula dgn Biskut Cornflakes . Ini semua resipi biskut raya dari Nani (Nani is in urdu which means grandmother) je ....
Nak resipi ? Boleh je . InshaaAllah senang je cara nak buat biskut2 raya nih :)
RESEPI BISKUT CORNFLAKES
BAHAN-BAHAN
Tepung gandum 481.9 gm
Buttercup / Marjerin 250gm
Castor sugar 170gm
Telur 2 biji
Cornflake (jenama Kellogs sedap) 170gm -ada pakai lebih dari 170gm so pastikan ada extra standby
Baking Powder 1 teaspoon
Rose Essence 1 teaspoon
Cara :-
1. Campurkan tepung gandum + baking powder ~ ayak
Bahan-bahan yg dah disukat . Cornflakes lepas dah sukat 170gm , bahagikan kepada 2 bekas ;)
2. Kemudian ambil lagi satu bekas , campurkan semua bahan yg lain (telur , marjerin dll) kecuali cornflakes .
3. Masukkan tepung dalam bekas yg ada campuran marjein , telur , gula dan esen rose . Jangan masukkan corflakes lagi ea ..
4. Gaulkan adunan hingga sebati . Tadaaaa ~
Pasni kita nak masukkan cornflakes ,
5. Okay , tadi kan da bahagikan cornflakes pada 2 .. 1 bekas tu , ramas cornflakes bagi kecil . agak2 lah , kalau ramas byk sgt nanti cornflakes jadi serbuk . Jadi cornflakes yg dah diramas , dituang masuk dalam adunan .
6. Gaulkan cornflakes dlm adunan sehingga sebati .
7. Tadaaaa .. kan dia dah sebati lah namanya ni .
8. Okay sekarang start buat bola-bola pulak .. bekas cornflakes korang ada lagi satu kan ? Haa yg tu utk golek / salut bola-bola kita ni . Terpulang korang nak ramas ke tak , kami tak ramas sebab bila golek , lama-lama cornflakes akan hancur gak pastu jadi serbuk . So kurang best aa ....
9. Huhu , nampak tak ada bentuk cam bola dalam bekas tu ... dah buat bola , letak dlm bekas cornflakes , tekan-tekan kan dia bagi cornflakes 'masuk' dlm adunan
10. Jadi ya , secara tak langsung memang cornflakes tu akan pecah jadi serpihan-serpihan kecil pun .
11. Bila golek and tgk macam dah okay , cornflakes dah cukup kat bentuk bola tu ... kira dah lah tu . letak kat oven tray yg dah digris dgn minyak / marjerin (kami guna marjerin) pastu buat bola seterusnya .
12. Kalau tgk bentuk dia tak perfect bulat , takpe ... cornflakes memang camtu , kasar-kasar sikit huihui
13. Dah penuh tray tu , pre-het dulu oven . Pastu masukkan . Kami bakar dgn suhu 130C , guna api atas dan bawahhh oven .
14. Lepas dah masak , tukarkan tray ke barisan bawah oven dan on api atas . Usha-usha tau , nanti hangus huhu . So korang on , tgk bila rupa dia dah garing , golden2 gitu , then it's DONE ! :D
Huhuhu , sorry sgt ..... gambar yg dah siap takde , ter deleteeee T.T Tapi inshaaAllah korang buat menjadi punya sebab simple jepp . Even sorang adik dari group usrah ni , dia buat ... and berhasil , alhamdulillah ... Adunan tadi ni , inshaaAllah korang akan dapat dalam plus minus 100biji sekali buat . Cookies ni anytime pun blh buat , tak semestinya masa raya je ... Selamat Mencuba :))
Sampai sini sahaja entri . Fuhh , makan masa gak nak type satu entri . Hehe but it's okay . Semoga perkongsian kali ni dapat memberi manfaat pada korang , inshaaAllah .
Akhir kata , barakallahu lee wa lakum waAssalamua'laikum warahmatulahi wabarakaatuh .







No comments:
Post a Comment